salam

Tuesday, April 12, 2011

Sebab kenapa perlu berkapel, berdating, berawek, berpakwe dan yang seumpama dengannya.

1. Kena ikut peredaran masa. Kalau tak, mesti orang kata ‘tak up to date lah you ni’. Tgk I ni, ikut peredaran zaman.
2. Ramai golongan beragama contohnya bakal-bakal ustaz dan ustazah serta golongan huffaz yang berkapel. So, takkan saya tak boleh buat macam tu? Tak salahnya kalau kita buat macam tu. Wahai golongan  diatas, ingatlah anda menjadi dalil untuk orang awam macam ni.
3. Orang kata tak macho la takde awek or pakwe. Hmm.. aku yang takde awek ni pun still macho lagi(prasaan) 
4. Mak saya yang sibuk-sibuk duk tanya saya dah ada pasangan ke belum. Jadi, saya tak nak jadi anak derhaka. Takde kaitan langsung
5. Bila ada pasangan boleh luah perasaan masing-masing. Barulah syok. Lu pe tau. Ye la.. aku tak tau langsung..
6. Hobi. Mengisi masa lapang. Hmm.. lebih baik aku main game.
7. Hidup akan jadi sunyi tanpa pasangan. Katanya, sunyi kalu takde awek or pakwe ni bro.
8. Kan Allah jadi setiap manusia itu berpasang-pasangan, so kita kena cari la pasangan. Memang la Allah jadikan setiap sesuatu berpasangan, tapi berpasangan yang dibenarkan dalam islam adalah melalui perkahwinan.  

P/S: So, setelah diteliti, takde satu sebab pun yang munasabah kenapa perlu berdating, berkapel, berpakwe, berawek, dan sebanyak berapa ber-ber lagi…
Wassalam..
12.04 am
13.4.11/rabu

Bersawang

i'm back. setelah lama tak update blog, akhirnya blog ni t'update juga. bukannya ape, susah nak bukak internet kat tempat belajar. Kata Universiti, tapi laptop tak boleh bawak. Buang-buang lah nama Universiti, tukar nama kepada sekolah. em.. tak nak kutuk lebih-lebih.. wasalam..

Monday, November 15, 2010

Di sebalik The Chosen One



This song and the video are inspired by Muhammad, peace and blessings be upon him. Maher Zain and Awakening Records felt they had to respond to the recent attacks on Prophet Muhammad through cartoons and Facebook. The result is this music video. It's a small attempt at portraying the true character of our beloved Prophet Muhammad .


In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhmmad, ya Rasoola Allah


You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqi Allah


Chorus:
Sallou 'ala Rasooli Allah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One


From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasoola Allah


Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqi Allah


Chorus
I'll try to follow your way

And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me


Chorus


Korang boleh lihat bagaimana kekreatifan video ini yang menonjolkan dan menceritakan tentang kehidupan dan keperibadian Rasulullah.

  1. Yang mana pada permulaan video ini korang dapat lihat bagaimana seorang perempuan Yahudi iaitu jiran Rasulullah selalu menaburkan sampah dan meletakkan najis di hadapan rumah Baginda.
  2. Perjudian dalam kalangan masyarakat jahiliyah. Penindasan terhadap kaum wanita.
  3. Rasulullah yang selalu menderma.
  4. Rasulullah menjahit pakaian dan sepatu baginda dengan sendiri.
  5. Ketika Rasulullah sedang solat datang cucu Baginda duduk atas Rasulullah,  baginda membiarkan cucunya duduk sehingga cucunya beralih daripada tempat tersebut.
  6. Memberi minuman kepada anjing.
  7. Rasulullah berlumba lari dengan isterinya Aisyah. Ada kalanya Rasulullah menang adakalanya Aisyah menang.
  8. Rasulullah mengangkat Aisyah semasa pertunjukkan api dari Habsyah.
  9. Pengharaman arak.
  10. Diakhir video Maher Zain menonjolkan akhlak Rasulullah yang membuat sup untuk perempuan yahudi walaupun si yahudi tersebut selalu menyakiti Rasulullah.
p/s: Sungguh mulia akhlakmu, akhlakmu tiada bandingan. Kau insan mulia di atas muka bumi ini. Ya Rasulullah ku ingin bertemu denganmu, ku ingin mengucup dahimu, ku ingin mencium tanganmu yang mulia. Syafaatkan daku di akhirat nanti. Allahummasolli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad.

Sunday, October 10, 2010

CINTA ANA WA ANTI

Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di’islamik’kan seperti mana-mana bank, institusi-institusi kewangan lain yang diislamkan. Maka, wujudlah istillah ‘Cinta Ukhwah’. Ayat-ayat dan hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Lebih menarik lagi,, gejala ini menular dalam kalangan yang berkopiah, berserban, bertudung litup, berjilbab, naqib-naqibah, pengerusi-timbalan pengerusi dan mereka yang menukarkan ganti nama kepada ‘ana anti wa ana anta’.

Sms, YM, Fb, dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi utama cinta ‘ana anti’. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, duit minyak kereta, dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda yang lain yang jauh dari kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazzkirah, berakhir dengan ikon senyuman,teddy bear dann kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk bertemu. Bagi yang aktif berpersatuan, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai….kreatif betul anak-anak muda yang ‘islamik’ ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu seperti yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastic berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta ‘anta anti’ ini semakin ketara dan semakin rancak.

KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR

Novel ini menceritakan kisah hidup khulafa al Rasyidin. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Khalifah-Khalifah Yang Benar (KKYB) menjadi sebuah naskah yang bakal membangkitkan rasa ingin tahu kepada pembacanya lantas menyalurkan minat ingin mengkaji sejarah Islam dengan lebih mendalam.

Novel ini merupakan kompilasi daripada 4 buah novel sejarah Abdul Latip Talib iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.

Abdul Latib Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip melakarkan fakta yang membuatkan rasa ingin tahu pembaca bagi mendalami sesuatu isu.

"Misalnya dalam Perang Jamal, ia tidak disentuh secara terperinci dalam KKYB kerana sifat perang itu kontroversi dan masih menjadi perdebatan. Ia cuma ditulis sepintas lalu bagi menimbulkan rasa ingin tahu dan rasa ingin mengkaji para pembaca," kata Tuan Bahruddin.

KKYB hasil terbitan PTS Litera Sdn. Bhd ini sebagai pintu yang cantik bagi sebuah rumah agam suram yang bernama sejarah.

"Ini dengan harapan pembaca mahu rapat ke pintu cantik itu, dan akhirnya membuka pintu itu dan seterusnya masuk lebih jauh ke rumah yang bernama SEJARAH dan seterusnya mengkaji dengan lebih lanjut," kata beliau lagi.

Lebih menarik apabila KKYB dipakejkan menjadi naskhah yang rapi dan elok rupa luarnya.

Manakala isi dalaman, ia diperkemaskan dan diusahakan bebas daripada fakta pesong dan unsur kontroversi yang tidak membantu.

"KKYB membangkitkan rasa mahu kepada sejarah, rasa mahu kepada kebenaran, dan rasa mudah kepada fitrah,"

HARGA: RM55.00(aku dapat 10%)
TEMPAT: Kedai Banggol

CINTA DI LANGIT GAZA

Title: Cinta di Langit GazaAuthor: Riduan Mohamad NorISBN: 9789834460679
Harga: RM20.00(tp aku beli RM10.00 je)

Buku ini bertemakan misi membantu manusia yang dihembap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar  dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya,kehadiran di bumi Isra’  itu sangat meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang kepada agama.

Monday, October 4, 2010

Maher Zain - Thank You Allah

1 Always Be There
2 Ya Nabi Salam Alayka
3 Insha Allah
4 Palestine Will Be Free
5 Thank You Allah
6 Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
7 The Chosen One
8 Baraka Allahu Lakuma
9 For the Rest of My Life
10 Hold My Hand
11 Awaken
12 Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
13 Open Your Eyes
14 Ya Nabi (Arabic Version - Bonus Track)
15 Thank You Allah (Acoustic Version - Bonus Track)

p/s: belilah yang original. Hapus cetak rompak!!!!
      Maher Zain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy