salam

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

 ╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳ bulan Ramadhan
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲
" اهلا وسهلا يا مطهر ,, اهلا وسهلا يا رمضان "
♥ ♥ رمضان ..








Thursday, July 28, 2011

10 PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN

1) Berdoalah agar Allah swt. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.
2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

Tuesday, May 10, 2011

Pemakaian Sunnah VS Pemakaian Punnah


Apa itu sunnah.. Bagi saya sunnah dalam pemakaian ialah cara Rasulullah dan cara pemakaian mengikut syariat itu sendiri. Tapi berapa ramai yang mengikut cara pemakaian yang ditetapkan oleh islam. Mungkin korang kata, ala benda kecik pun nak diperbesarkan. Ala, bab pemakaian tu remeh je. Jangan duk perbesarkan isu ini, ada lagi benda yang besar. Kalau diikutkan, memang kita nampak perkara ini kecil, tapi kalu dah jadi amalan umat, ia akan jadi besaq.

Sabda nabi:
Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Memang benar kata Rasulullah, islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali menjadi asing. Korang boleh tengok di mana terletak ‘asingnya’ islam. Contoh mudah yang boleh saya bagi, cara pemakaian. Korang boleh tengok cara pemakaian zaman sekarang. Pakaian yang diagung-agungkan oleh barat diikut-ikut oleh muda-mudi kita pada hari ini. Sehinggakan jikalau korang nampak seseorang yang berjubah, berkopiah, berserban, bertudung labuh masuk kedalam train or bas dianggap asing. Asing pada pandangan or penglihatan manusia. Maka timbullah bermacam-macam persoalan difikiran jika terlihat situasi tersebut. Contohnya, doh ni mari duane plok ni ngan serban-serban ni, ni mesti ada bom dalam serban. Macam-macam yang boleh timbul dalam fikiran masing-masing. Perkara begini tak pelik bagi saya.

Tuesday, April 12, 2011

Sebab kenapa perlu berkapel, berdating, berawek, berpakwe dan yang seumpama dengannya.

1. Kena ikut peredaran masa. Kalau tak, mesti orang kata ‘tak up to date lah you ni’. Tgk I ni, ikut peredaran zaman.
2. Ramai golongan beragama contohnya bakal-bakal ustaz dan ustazah serta golongan huffaz yang berkapel. So, takkan saya tak boleh buat macam tu? Tak salahnya kalau kita buat macam tu. Wahai golongan  diatas, ingatlah anda menjadi dalil untuk orang awam macam ni.
3. Orang kata tak macho la takde awek or pakwe. Hmm.. aku yang takde awek ni pun still macho lagi(prasaan) 
4. Mak saya yang sibuk-sibuk duk tanya saya dah ada pasangan ke belum. Jadi, saya tak nak jadi anak derhaka. Takde kaitan langsung
5. Bila ada pasangan boleh luah perasaan masing-masing. Barulah syok. Lu pe tau. Ye la.. aku tak tau langsung..
6. Hobi. Mengisi masa lapang. Hmm.. lebih baik aku main game.
7. Hidup akan jadi sunyi tanpa pasangan. Katanya, sunyi kalu takde awek or pakwe ni bro.
8. Kan Allah jadi setiap manusia itu berpasang-pasangan, so kita kena cari la pasangan. Memang la Allah jadikan setiap sesuatu berpasangan, tapi berpasangan yang dibenarkan dalam islam adalah melalui perkahwinan.  

P/S: So, setelah diteliti, takde satu sebab pun yang munasabah kenapa perlu berdating, berkapel, berpakwe, berawek, dan sebanyak berapa ber-ber lagi…
Wassalam..
12.04 am
13.4.11/rabu

Bersawang

i'm back. setelah lama tak update blog, akhirnya blog ni t'update juga. bukannya ape, susah nak bukak internet kat tempat belajar. Kata Universiti, tapi laptop tak boleh bawak. Buang-buang lah nama Universiti, tukar nama kepada sekolah. em.. tak nak kutuk lebih-lebih.. wasalam..

Monday, November 15, 2010

Di sebalik The Chosen One



This song and the video are inspired by Muhammad, peace and blessings be upon him. Maher Zain and Awakening Records felt they had to respond to the recent attacks on Prophet Muhammad through cartoons and Facebook. The result is this music video. It's a small attempt at portraying the true character of our beloved Prophet Muhammad .


In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhmmad, ya Rasoola Allah


You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqi Allah


Chorus:
Sallou 'ala Rasooli Allah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One


From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasoola Allah


Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqi Allah


Chorus
I'll try to follow your way

And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me


Chorus


Korang boleh lihat bagaimana kekreatifan video ini yang menonjolkan dan menceritakan tentang kehidupan dan keperibadian Rasulullah.

  1. Yang mana pada permulaan video ini korang dapat lihat bagaimana seorang perempuan Yahudi iaitu jiran Rasulullah selalu menaburkan sampah dan meletakkan najis di hadapan rumah Baginda.
  2. Perjudian dalam kalangan masyarakat jahiliyah. Penindasan terhadap kaum wanita.
  3. Rasulullah yang selalu menderma.
  4. Rasulullah menjahit pakaian dan sepatu baginda dengan sendiri.
  5. Ketika Rasulullah sedang solat datang cucu Baginda duduk atas Rasulullah,  baginda membiarkan cucunya duduk sehingga cucunya beralih daripada tempat tersebut.
  6. Memberi minuman kepada anjing.
  7. Rasulullah berlumba lari dengan isterinya Aisyah. Ada kalanya Rasulullah menang adakalanya Aisyah menang.
  8. Rasulullah mengangkat Aisyah semasa pertunjukkan api dari Habsyah.
  9. Pengharaman arak.
  10. Diakhir video Maher Zain menonjolkan akhlak Rasulullah yang membuat sup untuk perempuan yahudi walaupun si yahudi tersebut selalu menyakiti Rasulullah.
p/s: Sungguh mulia akhlakmu, akhlakmu tiada bandingan. Kau insan mulia di atas muka bumi ini. Ya Rasulullah ku ingin bertemu denganmu, ku ingin mengucup dahimu, ku ingin mencium tanganmu yang mulia. Syafaatkan daku di akhirat nanti. Allahummasolli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad.

Sunday, October 10, 2010

CINTA ANA WA ANTI

Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di’islamik’kan seperti mana-mana bank, institusi-institusi kewangan lain yang diislamkan. Maka, wujudlah istillah ‘Cinta Ukhwah’. Ayat-ayat dan hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Lebih menarik lagi,, gejala ini menular dalam kalangan yang berkopiah, berserban, bertudung litup, berjilbab, naqib-naqibah, pengerusi-timbalan pengerusi dan mereka yang menukarkan ganti nama kepada ‘ana anti wa ana anta’.

Sms, YM, Fb, dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi utama cinta ‘ana anti’. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, duit minyak kereta, dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda yang lain yang jauh dari kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazzkirah, berakhir dengan ikon senyuman,teddy bear dann kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk bertemu. Bagi yang aktif berpersatuan, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai….kreatif betul anak-anak muda yang ‘islamik’ ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu seperti yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastic berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta ‘anta anti’ ini semakin ketara dan semakin rancak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy