salam

Sunday, October 10, 2010

CINTA ANA WA ANTI

Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di’islamik’kan seperti mana-mana bank, institusi-institusi kewangan lain yang diislamkan. Maka, wujudlah istillah ‘Cinta Ukhwah’. Ayat-ayat dan hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Lebih menarik lagi,, gejala ini menular dalam kalangan yang berkopiah, berserban, bertudung litup, berjilbab, naqib-naqibah, pengerusi-timbalan pengerusi dan mereka yang menukarkan ganti nama kepada ‘ana anti wa ana anta’.

Sms, YM, Fb, dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi utama cinta ‘ana anti’. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, duit minyak kereta, dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda yang lain yang jauh dari kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazzkirah, berakhir dengan ikon senyuman,teddy bear dann kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk bertemu. Bagi yang aktif berpersatuan, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai….kreatif betul anak-anak muda yang ‘islamik’ ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu seperti yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastic berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta ‘anta anti’ ini semakin ketara dan semakin rancak.


Salam ukhuwah fillah abaadan abada

Teringat juga dulu kepada satu fenomena apabila seorang siswi diusik oleh Abg Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros dihari lahir juga telah dikirimkan oleh Abg Lebai tersebut. Tidak tahulah, tanggapan masyrakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pastinya disetiap kad, sms, mesej dalam facebook dan shout mix serta jambangan bunga tersebut terukir kata-kata ‘ukhwah fillah abadan abada’. Sekali lagi makna ukhwah disalah gunakan.

Dalam satu insiden yang lain, seorang siswi yang pernah dilamar oleh seorang siswa. Walaupun berlainan IPT, masing-masing telah kenal sejak dari zaman persekolahan walaupun berlainan sekolah. Si siswi ini pernah menegur seorang siswa yang semasa zaman persekolahannya, yang mengalami kejutan budaya. Selepas nasihat-menasihati dan tegur-menegur, barulah siswa tadi berubah perangainya. Lalu siswa tersebut mengucapkan terima kasih dan berkata kepada siswi tersebut dengan berkata, tidak ada yang berani tegur ana ini. Ukhti seorang yang berani tegur ana. Lalu si jejaka tadi berkata kepada siswi, ana ingin melamar anti. Si siswa tadi melamar si siswi dengan bersungguh-sungguh. Walaupun telah beberapa kali ditolak, namun si teruna itu terus meelamarnya juga. Sesekali slogan ‘ukhwah fillah’ menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika siswi tadi menolak lamarannya, maka hancurlah hatinya dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan siswa tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran tersebut. Sungguh menarik ‘trend’ percintaan golongan ana anti ini.

p/s: Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia cukup islamik? Atau kita yang ketinggalan zaman? Lu pikirlah sendiri. Semoga ada dalam kalangan pembaca/pelawat yang akan dapat memberikan pandangan. Wallau’alam.

4 comments:

  1. kalau berkenan dengan seorg perempuan, lelaki tu sepatutnya jumpa mak ayah perempuan tu terus, kene berani dn sekaligus membuktikan keikhlasan dia....ni lelaki yg hebat...

    tiada istilah ukhuwah fillah abadan abada antara dua sahabat yg berlainan jantina....

    yang ada...pernikahan...

    ReplyDelete
  2. waaaah... ustzh b3,

    ukhuwah fillah sebenarnya salah digunakan,

    pendapat: bukan xde ukwah fillah dgn b'lainan jantina..... ukhwah fillah dieksploitasikan m'jadi satu bahan ugutan... atas dasar nilah kebanyakkan mereka m''gunakan istillah ini utk tujuan lain... ukhwah fillah atas dasar sesama islam, tp x boleh lebih dari tu..
    ada yg yg ber"ukhwah fillah" pada mulanya sj, lepas tu hampeh...
    menggunakan perkataan ukhwah x salah, cuma mslhnya cara berukhwah...tu je.. cthnya, macammane kita bina, cara kita bermuamalah n dll..

    sekadar pandangan... wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. ( ni balas dendam ke mende...)


    ohh...faham2 ustaz, fhm sgt...
    betul mende hak ustaz kabo tu...betul sgt2...
    b2 ade baca..bagus2...boleh jadi penulis dh ni...syukran2

    ukhuwah fillah tu ada antara lelaki dn perempuan....sbb tanda persaudaraan sesama muslim kerana Allah...
    tapi ade sesetgh pihak, lelaki dan perempuan guna perkataan ukhuwah fillah untuk menjalin hubungan yg tidak halal....
    mcm tu ke ustaz....saya sedikit keliru ni..

    mohon pencerahan 'ustaz cinta' sikit agi...

    ReplyDelete
  4. hahahaha...
    mende au ngarut...

    hahaha.. wallahua'lam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy