salam

Wednesday, July 7, 2010

CINTA ANTA ANTI


Salam… Sedare nak Tanya skit. Sedare kapel macam ni tak salah ke?
Weii… no..no..no.. Mana ade salah bro… Kami kapel mana ade dating-dating, pegang-pegang tangan macam kapel lain, kami mengamalkan kapel mengikut syariat islam. Kami kalau berjumpa pun jarak 3 meter tau. Tak baik buat maksiat.
Oh… kirenye cakap-cakap kat tepun je ke??
Ish…ish..ish… mane ade semua tu. Gayut-gayut kat tepun kami tak main la. Kami pakai sms je. Tu pun kami kejut-kejut bangun subuh, bagi tazkirah skit, bagi motivasi. Kami nak hubungan kami diredhai oleh Allah. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang kot. Mana aci macam tu.
Oh…. Ade prinsip ye.
Menjaga batasan la kirenye tu… Boleh korang tahan ngan godaan setan yang sentiasa dari dulu tak jemu-jemu utk melalaikan manusia dari mengingati tuhan. Mende-mende maksiat pun setan boleh menampakkan baik pada mata kite tau.
Kate orang yang berkapel mengikut ajaran islam la kirenya ni. Kalu tak, takleh kapel ke?? Habis tu, takleh bercinta la?? Cinta itu kan fitrah manusia. Kami bukan main-main. Cinta kami ke arah perkahwinan. Kami nak bina baitul islam sama-sama.
Betul, betul, betul. Cinta itu fitrah. Sebab itu la islam dah sediakan jalan terbaik punya untuk kite bercinta. Melalui nikah, cinta itu halal. Ia dapat menghindarkan fitnah dan terjamin akan kesucian cinta itu. Faham tak???
Niat yang baik biarlah dilaksanakan dengan cara yang halal..
So… kapel Haram..
Sebab ape plak haram???
Korang mungkin la dah terlepas dari zina mata, mulut, dan anggota-anggota badan yang lain tetapi bagaimana dengan zina hati. Susah nak dielakkan. Bila dah rindu merindui, ingat-teringat dan terbayang-bayang si dia, hati korang secara tak langsung dah berzina.
Prevent is better than cure.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Kan nabi dah pesan semua tu. Kite je yang tak nak ambil tau pasal nabi pesan..
Dah tuu.. kene clash ke???
Terpulanglah.. Takpun tepuk dada tanya iman. Bukan tanya selera tau. Kalaulah kite tanya ikut selera memang kite tak nak clash. Kan, kan, kan. Kalau betul kita nak bina baitul islam dgn jalan tersebut sungguh-sungguh, barulah rumah tangga yang bakal dibina nanti sejahtera. Takdelah yang gaduh-gaduh, bercerai, seperti yang berlaku sekarang.
P/s: Orang tua ada berkata. Cinta selepas kahwin itu sangat romantic dan manis. So, fikir-fikirkanlah ya wahai sedara sekalian. Sama ada nak bercinta sebelum kahwin atau selepas kahwin.
Comments
0 Comments

0 Pengkritik:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy