salam

Tuesday, May 10, 2011

Pemakaian Sunnah VS Pemakaian Punnah


Apa itu sunnah.. Bagi saya sunnah dalam pemakaian ialah cara Rasulullah dan cara pemakaian mengikut syariat itu sendiri. Tapi berapa ramai yang mengikut cara pemakaian yang ditetapkan oleh islam. Mungkin korang kata, ala benda kecik pun nak diperbesarkan. Ala, bab pemakaian tu remeh je. Jangan duk perbesarkan isu ini, ada lagi benda yang besar. Kalau diikutkan, memang kita nampak perkara ini kecil, tapi kalu dah jadi amalan umat, ia akan jadi besaq.

Sabda nabi:
Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Memang benar kata Rasulullah, islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali menjadi asing. Korang boleh tengok di mana terletak ‘asingnya’ islam. Contoh mudah yang boleh saya bagi, cara pemakaian. Korang boleh tengok cara pemakaian zaman sekarang. Pakaian yang diagung-agungkan oleh barat diikut-ikut oleh muda-mudi kita pada hari ini. Sehinggakan jikalau korang nampak seseorang yang berjubah, berkopiah, berserban, bertudung labuh masuk kedalam train or bas dianggap asing. Asing pada pandangan or penglihatan manusia. Maka timbullah bermacam-macam persoalan difikiran jika terlihat situasi tersebut. Contohnya, doh ni mari duane plok ni ngan serban-serban ni, ni mesti ada bom dalam serban. Macam-macam yang boleh timbul dalam fikiran masing-masing. Perkara begini tak pelik bagi saya.


Mari saya kongsi satu cite. Suatu ketika(cam skema je ayat aku), ketika dalam proses belajar kereta bersama-sama seorang cikgu. Semasa membawa kereta, terjumpalah seorang kakak yang berpakaian berjubah, berjilbab. Pastu terkeluarlah suara sumbang cikgu saya, ‘apa la pakai macam ni, x panas ke? Dah la selekeh, boleh plak pakai macam tu. Hati saya masa tu hanya Allah yang tau.. Pastu, terjumpa la seorang awek yang agak seksi, maka terkeluar lagi suara sumbang cikgu saya, ‘ni baru betul’.


Bagi saya sendiri, saya tak rasa pelik dengan melihat muda-mudi tua-tui yang berpakaian yang konon-kononnya ikut trend. Katanya, kalu tak ikut perkembangan terkini, mundurlah kita.

Wanita

Kenapa mesti wanita dulu ye? Hmm.. saya pun tak tau. Korang fikir-fikirkanlah ye. Wahai wanita, tolonglah jaga pemakaian anda. Andai korang rasa itu hak korang dalam berpakaian, korang pikirkanlah hak Allah. Kalau korang rasa, korang ni nak pakai macam ni macam tu, boleh je. Tapi korang kena la cari bumi yang bukan Allah cipta. Korang kena cipta bumi korang sendiri, barulah korang boleh kata ini hak aku. Ada bran? Haha..


Berwangi-wangian…

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).
Kebanyakan wanita apabila hendak keluar ke rumah, or shopping-shopping maka tak sah kalau tak pakai wangi-wangian. Kebanyakkan apabila saya lalu ditepi mereka akan terhidulah bau yang amat wangi. Bukannya islam melarang wanita untuk berwangian, tetapi ada landasannya. Islam membenarkan seseorang wanita memakai minyak wangi sekadar untuk menghilangkan bau badan.

Tabbaruj

Apa itu tabbaruj? Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat)

Soalnya, berapa ramai wanita yang suka bertabbaruj? Terlalu ramaikan. Ini la yang dikatakan pemakaian punnah. Bukannya sunnah. Wanita boleh berhias-hias hanya untuk dipertontonkan untuk mahramnya sahaja.

Baju transparent? Haha.. lawa ke? Anda fikir? Haha..
...jarang@transparent..hah..fesyen hari ni, bukan nak kata tapi dah terkata baju macam tu dah terlampau banyak kat pasaran..macam agak susah plak nak cari baju yang setebal winter coat tu skarang kat pasar - pasar malam ke or kat mane2 shopping mall la..Kalau korang nak tahu, dalam stucture heart kita Allah ada ciptakan satu lapisan serous membrane as known as pericardium. Korang tahu tak kenapa Allah ciptakan pericardium elok je surround kita punye heart?? for sure la untuk protection..cuba korang bayangkan apa akan jadi kat heart kita kalau membrane ni takde, for sure la korang takkan dapat hidup lama..
So pe kaitannya pericardium dengan baju jarang??Mak ai..heart tu pun pandai nak protect diri dia dengan adanya pericardium ni..manusia takkan tak pandai nak protect aurat sendiri,balut tubuh tu dengan baju yang tebal -tebal skit..Try to imagine korang pakai baju pun ala- ala tak pakai baju sama jugak la dengan keadaan heart which is not covered by pericardium..without any protection, of course korang akan tempah maut free je dengan menayangkan aurat korang secara tanpa sedar kat kaum adam tuh..ada faham??(mungkin explanation aku agak serabut tapi ni je analogi yang bek skit aku boleh bagi contoh tuk pesanan nabi kita yg first tu..dicopy from blog (damia)

baju transparent
legging?

Mari kita hayati pesanan Rasulullah SAW yang berbunyi :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan 
sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpamabonggol. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. 

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
bonggoi unta

Wahai muslimat, aurat itu bukan untuk dibalut, tetapi aurat itu untuk ditutup.




Kalau nak berfesyen sekalipun, ikut lah landasan yang di tetapkan oleh syariat

Lelaki...

Jangan ingat wanita saja. Lelaki pun ada. Hmm(mengeluh)..

Wahai lelaki, mengapa dipakai pakaian yang dikhaskan untuk wanita?  Bukan ke korang lelaki?   
tak kuasa I. haha
Ada satu cite, masa saya tengah tunggu bas kat Putra, ternampaklah dua makhluk Allah yang berpakaian seperti wanita tetapi hati saya mengatakan itu adalah lelaki. Saya ni suka jaga tepi kain orang(haha).. Saya pun pura-pura berjalan kat tepi makhluk Allah tu. Masa tengah menyiasat, lalu terkeluarlah suara kedua-dua makhluk Allah “ hai abe”. Anda boleh bayangkan reaksi saya masa tu. Memang klako.. saya terus gelak dan gelak. Ni la manusia akhir zaman, yang lelaki pakai baju pempuan, yang pempuan pulak pakai baju lelaki. Saya tak pelik tengok keadaan macam ni.

Pakai londeh.

Janganlah pakai seluar londeh.. haha.. kebanyakan kawan-kawan saya suka pakai seluar londeh.. Saya nak tanya, sdp sgt ke pakai sluar londeh? Haha.. kalau pakai sluar londeh tapi baju labuh takpe jugak, ni sluar londeh pakai baju adik habis nampak segala mak nenek, dengan atuk-atuk skali nampak. Hang tak malu ke?  
trend terkini. hahaha
Pakaian semasa solat

Ce kita lihat semasa kita nak solat. Pakaian yang digunakan adakah pakaian sunnah? Bagi lelaki termasuk saya sendiri, majoritinya ramai yang pakai lebih kurang je semasa nak solat. Ok, sebenarnya semasa solat ni, kita menghadap siapa? Allah kan? Kenapa kita hanya pakai lebih kurang je bila nak solat, sedangkan bila kita nak bertemu dengan awek2, pakwe2, menteri2, kita pakai pakaian yang sopan dan terbaik. Maksudnya, bila kita nak bertemu dengan mereka, jarang kita pakai lebih kurang, minyak wangi pun kita pakai. Tapi bila kita nak solat, kita tak pakai pakaian yang terbaik, dengan bau busuknya. Ce kita pakai camni bile kita nak bertemu exco2, menteri2, confirm orang kata takde adab kan? Begitu juga bila kita nak berhadapan dengan Allah. Kalu kita pakai lebih kurang, apa yang Allah kata? Lu pikirlah sendiri.

Ce kita ubah kepada yang lebih baik. Contohnya, pakaian yang bese kita pakai RM50, tapi bila mana kita nak solat, kita pakai pakaian yang berharga RM60. Boleh tak? Ada brani? Maknanya, bila kita nak solat, pakailah pakaian yang terbaik. Ce kita pikiq, mana lebih besaq? Allah ke Exco2? So, pandai-pandailah korang. 


p/s:So, janganlah anda segan bila bertudung labuh, berjubah, berserban, berkopiah. Kerana ini zaman pelik. Zaman yang tak mengangkat sunnah itu sebagai panduan… Biarlah apa orang nak cakap bila anda pakai sedemikian, kerana ini zaman pelik.

5 comments:

  1. pertama sekali nak ckp, mumtaz!

    fuh, pabila ustaz bersuara, hati anak murid aka spy kelu untuk berkata-kata ^_^ dah..dah start dah puisi dia...

    ambik ha, padat molek, siap dgn gambar, haha
    ni baru ye namanya 'skill cucuk'

    "Wahai muslimat, aurat itu bukan untuk dibalut, tetapi aurat itu untuk ditutup"
    suka ayat ni, tepat sgt.
    zaman skrg asal balut sudah, balut tapi jarang, balut tapi ketat. bukannya tutup biar x nampak terus, xdk bayang langsung.

    ada yg suka sgt pakai minyak wangi kuat2, lps satu, satu. skrg ni trend pakai tudung tapi sanggul tinggi mcm bonggol unta, Astaghfirullahal 'azeem, byk2 istighfar..setuju dgn ustaz, mmg skrg zaman pelik

    biar betul pengalaamn ms memandu tu, ustaz..
    dunia skrg pelik, org buat baik dipandang serong, buat jht, perkara biasa, sedih!
    terasa ana, kecik hati kalau ana hak duduk dkt tempat bdk tu kalau dgr, kalau ye pun jgn la ckp gitu dkt org tudung labuh, yg berusaha tutup aurat dgn sempurna. xpelah, doa je la utk org2 gitu..yg penting kita buat benda betul sudah dan erus ajak

    ingat puan je, lelaki pun ada gak, lelaki pun kena cucuk gak, haha

    (xleh thn tgk gambo pondan tu =__=")
    tu gambo sungguh ke, berlakon? mcm berlakon je, mcm knl hak knn sekali tu

    Saya ni suka jaga tepi kain orang(haha).
    haha, xpe je ustaz, jaga hak baik2, kainmu kainku jua

    'hai abe?' haha, (bakpe ustaz x balas balik, sambil tu bagi buah garib)

    ha, seluar londeh ni =__="
    ana x faham trend mende gini, pakai seluar nk londeh2..(mmg ana sgt x suka tgk, x faham)
    ni mmg trend skrg, anak2 Melayu Islam skrg semua hak pelik2 hak dari barat tu semua nk ikut

    setuju dgn Ustaz, bila solat, x titik berat langsung pakaian. pakai skdr tu je, busuk, busuklah. tapi bila dang kuar, bukan main agi jaga.

    ana suka jadi pelik, unik sikit, haha
    bangga memperjuangkan Islam!

    5 bintang utk post ni!

    ReplyDelete
  2. haha..

    btl2, aurat bukan utk dbalut, tp rama jg yg mbalut..

    haha.
    ana ni jenis xleh bau minyak wangi kuat2, rasa nk muntah. aritu ada sorang mok cik tu semerbok pakai minyak wangi, x lalu nk makan.
    haha. tapi ada ustzh kata blh je nk sanggul tggi tp mesti tutup aurat.. pe komenn?

    hmm. yes.. mmg betul.. ingat lg masa tu. rasa nk wi nampor je cg ni.. kadang2 mende ni napok remeh je, tp kalu biar koho lama2, ye jadi koho parok.
    yes.. doa je uutk org g2, mgkin ye bukan produk dr SMKA, tp kalu produk SMKA dah lama ana sound..

    sape laki yg kanan tu? ana x cam. haha.

    haha. ayat tu xleh thn, kainmu kainku jua.. haha

    haha. nk balas guane. nok suke selok masa tu. haha

    ana pun x paham gok. haha. tu ater, hok sunnah x moh ikut. haha

    btl2.. tu pun terkena kat ana, haha.ana pun lebih kurang je. haha

    haha. pelik2 ustzh lenim.

    ReplyDelete
  3. ramai membalut tu la kene belajar utk tutup..
    ada juga yg krg bab membalut..
    ramai yg meringan-ringankan bab aurat..
    pdhl x tutup aurat lebih buka utk semakin buat maksiat..

    terkdg mungkin ada yg x tahu bab ni, pakai minyak wangi kuat2 xleh, sanggul tu xleh tinggi2 =="

    biar betul ustaz, ada ustazah kata gitu?

    ustaz, kalau ana, ana kuar lalu butir2 hikmah bak kata org, haha
    tapi jgn sound mcm pakai pembesar suara, kita sound lembut2, "Cikgu, pakai gitulah bagus, tutup aurat, sedap mata memandang, x gitu cikgu? saya suka tgk org gitu, ke gane cikgu, Allah suruh tutup gane, ilmu sy sikit je, cuba cikgu trg sikit alang2 ngajo mandu dah ni"
    haha,buat gaya knk2 nk belajar semua perkara, kena lembut2, tgk apa kata beliau

    ana ms mandu byk mulut gak, haha, gi tanya mcm2, Cikgu ada anak brp, dn lain2 (wat mesra ye pula) ==" dah anggap cikgu tu mcm ayah diri dah~ ^_^ Cikgu Iskandar baik dan hensem~ (ni puji mcm ayah sendiri ye ==")

    laki kanan tu mcm Asyraf Muslim (Ustaz Amirul <3 <3 *wat galok ye pula =="* hoho, suka Asyraf Muslim nak kahwin dah~ bakal isteri dia pun comel ^_^

    haha, betullah tu, kainmu kainku jua..
    "kuburmu bukan kuburku tapi kutakut bahang kuburmu terkena kuburku makanya aku terpaksa mengatakan kainmu kainku jua"

    haha, berat2

    byk agi, ni baru soal aurat, hak balut pun ada mslh, x sempurna agi..sama2 perbaiki diri..sama2 ajak la jwbnya

    ReplyDelete
  4. apa punya tuan blog ni... baru nk balas post..
    haha..

    btl2.

    mmg ah, sape suruh x ngaji... haha.. sanggul tggi tu kegunaannya, blh sangkut handbag. haha
    tp sanggul lenim, ye letak span dalm nk suruh bg napok tggi.

    btl la. ada.. emm http://www.google.com.my/imglanding?q=sanggul+tinggi&um=1&hl=en&sa=N&tbm=isch&tbnid=J5Xf6oFlG3pjYM:&imgrefurl=http://mizzatendiary.blogspot.com/2011/03/perempuan-serupa-unta.html&imgurl=http://www.jelajahbudaya.com/wp-content/uploads/2010/09/59583_137221252989439_100001046941568_204133_7711092_n-175x300.jpg&w=175&h=300&ei=6P_LTZmLKoPKrAfavPyKBA&zoom=1&iact=hc&page=1&tbnh=137&tbnw=80&start=0&ved=1t:429,r:22,s:0&biw=1440&bih=766

    haha. org hok x paham mmg kita kene blembut, tp kalu ngan org hok paham tp xmoh paham, kadang2 kena kasor. haha

    ana masa mandu concentrate je. haha. x cakap pun.. haha..

    ye ke ustz amirul? rasa bukan. haha. berat nguh. tu ate, lawa gop tunang ye.
    kalu ahmad fetdri yahya yg pngacara tv3 suku tu nk kawen ngan hafizah. haha

    haha. btl2.. ilmu baru blh arini.. tq2

    tu ate, bertolong2 ke arah kebaikam...

    ReplyDelete
  5. Salam alaik.

    Pelik bila dipandang pelik hanya kerana tudung yang sedikit labuh. Memg sekarang ni berada di zaman penuh fitnah.

    mungkin yang pakai baju transparent tu rasa, kalau pakai baju colour striking ni mengundang tarikan mata-mata nakal, tu yg pakai baju colourless mcm tu. :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy