salam

Wednesday, August 11, 2010

Wahai kaum wanita

Wahai kaum wanita, perempuan, banat, muslimat, mukminat jagalah dirimu.

Jagalah kecantikkanmu dengan sebaik-baik mungkin. Jangan biarkan kecantikkanmu menggoda setiap lelaki diatas muka bumi ini. Simpanlah kecantikkanmu itu untuk ditayangkan kepada suamimu. Jangan biarkan kecantikanmu ditayangkan oleh setiap lelaki ajnabi.

Jagalah auratmu. Jangan biarkan auratmu mudah dilihat oleh setiap lelaki. Kerana itu wanita disebut aurat. Jagalah auratmu jangan biarkan fitnah timbul dek kecantikkanmu.
Tutuplah auratmu dengan pakaian yang longgar. Janganlah pakai yang sendat-sendat, ketat-ketat sampai nampak pusat. Itu menunjukkan kamu tiada maruah diri.

Jagalah suaramu kerana itu adalah sebahagian daripada aurat. Jangan biarkan kelunakkan suaramu itu mencairkan hati lelaki. Jangan biarkan suaramu itu mencairkan hati setiap lelaki. Jangan ditayangkan dihadapan orang ramai. Simpanlah, simpanlah, simpanlah. Simpanlah suaramu untuk suami kamu.

Jagalah pergaulan kamu. Jagalah pergaulan antara lelaki. Jangan mudah-mudah kamu bergaul dengan lelaki. Itu menjadikan kamu mudah ditindas. Jagalah ikhtilat antara lelaki. Agar bala Allah tak turun ke bumi. Jagalah pergaulan, semoga kamu dirahmati Allah.



Jagalah hak-hak Allah. Jangan sampai adat melangkaui batasan syarak. Jagalah hak-hak Allah, Allah akan jaga hak-hak kamu. Semoga Allah menjaga hak-hak kamu.

Jagalah hatimu. Jangan biar hatimu diselubungi titik-titik hitam. Jangan biarkan hatimu itu penuh dengan hasad dengki kerana hasad dengki itu dapat mengotorkan hati yang jernih. Semoga Allah membersihkan hatimu yang kotor.

Jagalah hartamu. Jangan terlalu berboros dalam berbelanja. Ingatlah hari kemudian. Berpada-pada dalam menggunakan hartamu itu. Ataupun gunakan hartamu tu dengan sebaik-baik mungkin dengan bersedekah. Jangan kedekut untuk menggunakan harta mu ke jalan Allah.

Jagalah solatmu. Sesungguhnya solat dapat mencegah daripada perbuatan mungkar. Jangan gunakan uzur sebagai alasan untuk meninggalkan solat. Alasan itu sudah terlalu lapuk dan ketinggalan zaman.


p/s: permintaan dari seorang teman untuk dirinya dan kawan-kawan. Semoga dapat mengambil pengajaran dan tauladan. Bukan ingin mengutuk sesiapa dalam hal ini. Cuma sebagai renungan buat insan yang terlena dibuai mimpi.
Comments
0 Comments

0 Pengkritik:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy