30 Syaaban menutup tirai. Menjelmalah bulan yang mulia. yang dinantikan oleh orang-orang bertakwa.
Yahoo....
Ramadhan datang lagi. Itulah yang dapat diluahkan. Itulah kegembiraan yang tak dapat digambarkan saat menunggu ketibaan bulan Ramadhan oleh setiap orang. Ada yang seronok dan ada yang tak berapa nak seronok. Itulah ragam manusia apabila tiba kehadiran bulan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan yang paling dirindui oleh para ulama dan para sahabat Adakah kita merindui kedatangan bulan Ramadhan seperti kita merindui awek-awek kita?
Ada yang seronok dengan puasa. Kalau ditanyakan kepada segilintir manusia, mengapa seronok sangat berpuasa ni? Ada yang jawab, sebab boleh main mercun banyak-banyak. Ada jugak yang kata puasa ni lah masanya untuk beribadat. Ade yang kata, puasa nilah kita dapat makan sedap-sedap. Apa-apa pun, niat kita paling penting dalam menjalani ibadat puasa ni. Sabda nabi yang bermaksud, berapa ramai orang yang puasa tapi hanya sekadar mendapat letih dan dahaga saja. Ini mungkin dari niat yang tidak betul. sabda nabi yang bermaksud sesungguhnya sesuatu perbuatan itu dimulai dengan niat. Kalau dari mula lagi niat tak betul, maka tunggang langganglah puasanya.
Ada yang berkata: ai.... tak seronok la bulan Ramadhan ni. Tak dapat nak makan-makan, minum-minum, enjoy-enjoy dan sebagainya. Ada juga yang dengan kerenahnya yang tersendiri. Ada juga yang buat-buat puasa kat depan orang ramai. Teringat kisah masa mula-mula puasa. Ade yang puasa setengah hari, ade yang suku hari dan macam-macam.
Ada juga yang berkata, buat apa nak puasa, kan bulan yang kena puasa kita tak kena puasa. Tengkorak hang. Apa kejadahnya. Ni la alasan-alasan yang sering didengari apibala hampirnya kepada bulan Ramadhan.
Puasa ertinya menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Itulah istilah atau makna puasa yang kebiasaan kita tau.
Kalau nak imbau kembali zaman kanak-kanak banyak kenangan dalam bulan puasa. Memang terlalu banyak. Tak kira kenangan pahit atau pun manis. Kenangan itu akan diingati sampai bila-bila. Tentu korang juga mempunyai kenangan manis yang tak dapat nak dilupakan dalam bulan puasa.
Masa puasa ni la kita biasa nampak masjid-masjid atau pun surau-surau dipenuhi dengan orang. Itu sudah menjadi kelaziman masyarakat islam di negara kita. Yang hairannya, ada jugak yang buat derk je atau buat tak tau je. cuba korang perhatikan time nak abis puasa, masjid pun kosong. Mungkin kita tak tau yang disabdakan oleh nabi yang bermaksud pada permulaan puasa dipenuhi dengan rahmat, dipertengahannya diberi keampunan oleh Allah dan dipenghujungnya dibebaskan dari api neraka. Time puasa dia tak puasa time berbuka dia berbuka. Dia yang makan paling banyak sekali. Mengalahkan orang yang berpuasa. Memang muka tebal.
Ok-ok. Setakat ni saja pengulasan dari mat. Bukan sekadar membebel tapi ingin memberi sedikit nasihat agar puasa kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
p/s: selamat menyambut bulan Ramadhan dan jangan lupa puasa tau. Selamat beramal.