Novel ini menceritakan kisah hidup khulafa al Rasyidin. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali.
Khalifah-Khalifah Yang Benar (KKYB) menjadi sebuah naskah yang bakal membangkitkan rasa ingin tahu kepada pembacanya lantas menyalurkan minat ingin mengkaji sejarah Islam dengan lebih mendalam.
Novel ini merupakan kompilasi daripada 4 buah novel sejarah Abdul Latip Talib iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.
Abdul Latib Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip melakarkan fakta yang membuatkan rasa ingin tahu pembaca bagi mendalami sesuatu isu.
"Misalnya dalam Perang Jamal, ia tidak disentuh secara terperinci dalam KKYB kerana sifat perang itu kontroversi dan masih menjadi perdebatan. Ia cuma ditulis sepintas lalu bagi menimbulkan rasa ingin tahu dan rasa ingin mengkaji para pembaca," kata Tuan Bahruddin.
KKYB hasil terbitan PTS Litera Sdn. Bhd ini sebagai pintu yang cantik bagi sebuah rumah agam suram yang bernama sejarah.
"Ini dengan harapan pembaca mahu rapat ke pintu cantik itu, dan akhirnya membuka pintu itu dan seterusnya masuk lebih jauh ke rumah yang bernama SEJARAH dan seterusnya mengkaji dengan lebih lanjut," kata beliau lagi.
Lebih menarik apabila KKYB dipakejkan menjadi naskhah yang rapi dan elok rupa luarnya.
Manakala isi dalaman, ia diperkemaskan dan diusahakan bebas daripada fakta pesong dan unsur kontroversi yang tidak membantu.
"KKYB membangkitkan rasa mahu kepada sejarah, rasa mahu kepada kebenaran, dan rasa mudah kepada fitrah,"
HARGA: RM55.00(aku dapat 10%)
TEMPAT: Kedai Banggol