salam

Friday, September 10, 2010

Diari Ramadhan Mat 2010


Hari pertama

Jam loceng berbunyi kring2…. Pukul 4.30 pagi saya bangun bersahur. Lauk sahur nasi campur ikan aye(tongkol) berkuahkan kicap bersama dengan buah epal. Ikan aye keras sikit(banyak komen plok). Haha. Ikan aye susah nak cubit. Al maklumlah ikan lama. Kuliah seperti biasa. Cuma kelas qawaid wa qiraat je ada. Kelas bahasa Arab xde. Saya pun tido la. Hahaha. Penat katakan. Baru sehari berpuasa. Lauk berbuka: ayam berempah dan bersama kuih karipapan. Hari ini saya berbuka seorang saja. Xde teman. Sedih gak berbuka sorang-sorang. Terawikh hari pertama orang Terengganu kata berderu orang maknanya ramai orang la.
 Lauk Iftor Yang pertama


Hari kedua
           
Bangun pagi seperti biasa pukul 4.30. Sahur hanya makan ikan goreng dan kuah(mcm kuah kacang) dan sayur. Memang kebiasaan kalau pagi memang tak berselera untuk makan. Lauk untuk berbuka saya makan ayam gulai ke gulai ayam dan sayur kacang botol dan air masad café. Hari ini berbuka dengan Muhammad. Hari ini juga saya tak pergi usrah. Rasa kemalasan. Hehehe.

Hari ketiga

Lauk sahur....... ikan aye lagi...Hari ini semua orang balik kerana Hep buat hal. Tinggal saya sorang kat sini. Petang sebelum masuk waktu berbuka( cam skima je ayat ni), main futsal dalam keadaan hujan renyai-renyai. Lauk berbuka roti dan kurma. Sebab kat cafe tadi, banat beli banyak. Ish3. Tak ingat kat orang belakang. Hehehe. Pastu lepas maghrib saya qada yang berbuka tadi. Beli nasi goreng ayam kat cafe. Pastu pekena dengan air asam jawa. Pergh...

Hari keempat

Hari ini makan sahur nasi goreng cina dan berdegil(begedil). Kelam kabut sikit sahur hari ini sebab tak kunci jam. Lauk berbuka: murtabak, popiah, donut dan kurma. Moreh malam ni: nasik lauk ayam, ikan patin, air barli dan bubur lambuk. Pergh... kenyang perutku..

Hari kelima

Lauk sahur nasi goreng dan ayam bakar. Xde catatan ari ni.

Hari ke 6-9

Xde catatan. X bermakna x puasa.

Hari kesepuluh

Tak bangun sahur. Haiya... Aku bangun dalam pukul 6.30. Takde orang nak tolong kejutkan. Kesian.... Petang ada program mahabbah antara pensyarah dan pelajar2. Lauk berbuka: nasi minyak, roti jala, buah timun. Moreh malam ni paling best sebab ada kek coklat, kek oren, dan segala jenis kek. Semuanya aku bedal. Hahaha. Kenyang betul malam ni.

Hari kesebelas hingga hari keempat belas

Xde catatan.

Hari kelima belas.

Tak bangun sahur gak. Dah boleh masuk record ni. Hahaha. Letih gok kalau tak bersahur. Xde aktiviti yang menarik arini. Lauk berbuka: ayam golek, murtabak, soya cincau, ikan keli. Tak habis pun makan. Hajatnya nak simpan selepas tarawikh. Moreh aku makan bubur kacang merah. Tapi x brape sedap la. Yang mak aku buat lagi sedap. Hahaha.

Hari keenam belas.

Seperti biasa... aku  tak bangun sahur. Keh3. Pagi ada taklimat exam oleh Us Hanafi. Iftor aku makan ayam dan sayur. Makan single je. Hehe. Lepas terawikh aku makan bubur jagung. Pergh.. Terbaik dari ladang.

Hari ketujuh belas

Tak bersahur. Lauk untuk iftor ialah daging masak kicap wa sayur kacang botol bersama kuih karipapan. Walaupun karipap boleh sebiji je. Lepas terawikh makan nasi air. Chan kata nasi penyek. Macam-macamlah dia reka.

Hari kelapan belas.

Tak sahur lagi. Habis hilang keberkatan. Lauk iftor makan ikan dan sayur pastu campur ngan budu. Pergh.. Meleleh air liur. Hahaha. Malam ni lepas terawikh aku makan kuih onde-onde bersama bubur kacang merah. My favourite kuih. Hahaha.

Hari kesembilan belas

Hari ini aku bangun sahur. Bangganya. Makan nasi, ikan goreng dan sayur. Takde selera nak makan. Iftor aku makan ayam percik dan sayur. Kuih popia.

Hari kedua puluh

Xde catatan
  
Hari kedua puluh satu

Sahur air masad cafe je. Naqib aku tolong kejutkan. Nasib baik dia ada. Hari ini kepala aku pening-pening(cam skema je ayat). Lauk untuk berbuka daging gulai dan sayur bayam/kangkung(aku x reti lg beza antara 2 sayur tu.

Hari ke22

Sahur roti n air je. Pagi ini ada exam. Aku giliran yang kedua selepas Luqmang, luqmang, Luqmang. Hahaha. Jangan marah Mang(ana gurau je Mang). Hari ni jugak ada majlis khatam Al-Quran. Yang aku pelik dia buat time orang balik blake. Aku seperti biasa kalau program g2 aku rohok skit nok gi. Iftor aku makan nasi berlaukkan daging, sup ayam, cucur udang. Lepas terawikh ada jamuan budak-budak muamalat kat belakang masjid di tepi tasik. Romantik betul. Jamuan malam tu makan chicken chop with fried rice with nugget and sosej. Makan punya makan sampai tak ingat dunia. Jamuan start dlm pukul 11.30 dan habis pada pukul 2.00 pagi. Lama betul la budak-budak ni makan.


Membakau Nugget

Nasi Goreng Ayam Chop


Tengah jaga Nugget

Acara Mengangkat Nugget
Hari ke23

Sahur minum air je. Sunnah nabi kalau xde kurma, air pun jadilah. Kerana sabda nabi yang bermaksud beza antara puasa yahudi, nasrani dengan islam adalah dengan bersahur. Semua budak sem 1 dah balik. Pagi tu aku bangun awal basuh baju. Dah 2 minggu tak basuh. Biasalah tu. Lepas siap jemur baju tu aku pun pergi shopping with Hariz, Muhammad, Wafi. Mula-mula pergi shopping kat Sogo. Sampai di Sogo, tetiba... alamak!!! Abis pahala pose aku. Pastu aku pun pergi kedai buku. Aku kalau keluar kat mana-mana ke memang tak sah tak singgah kat kedai buku. Pergh... banyak gler buku. Kalau dah masuk kedai buku mata aku tetiba je jadi rambang. Banyak pilihan. Antara buku-buku yang mahu aku beli ialah Untukmu Wanita, Salahuddin Al-Ayubbi, Nabi Muhammad, Nota Fikir Untuk Zikir, ,Freemansion dan banyak lagi. Tak banyak baju aku beli. Nak raya berpada-pada je tahun ni. Hajat dihati mahu beli kuih raya tapi teringat akan pesan ibuku, bukan semua orang islam yang buat kuih tu. Pastu aku berehat kat Masjid jap. Letih sesangat. Dalam pukul 4.45 sampai kat DQ. Camne la aku boleh tertidur time berbuka. Letih sangat kot.

Hari ke24

Tak sahur lagi. Hahaha. Hari ini aku balik kampung. Simpan baju punya pasal, nasib baik bas tak tinggal. Terpaksa aku berlari mengejar bas(betul ni,, x tipu). Kalau tertinggal bas, alamat beraya kat sini je la. Bas pun satu hal, kata nak bertolak pukul 5.30 petang, sampai kul 5.00. mana tak kelam kabut aku. Suasana di dalam bas membosankan. First time puasa berbuka dalam bas. Haha. Dalam bas aku layan 2/3 folder lagu raya. Baru la ada feeling nak raya. Tak gitu? Sampai kat rumah dalam kul 2.45 pagi.

Hari ke25-29

Sahur kat rumah la plak. Time ni nak demam. Takpe2 ujian. Makan berbuka banyak sekali dong. Sanggup abah pergi bazar beli untuk anaknya yang pulang. Terima kasih abah. Terawikh kat masjid kekurangan jemaah. Biasa la tu. Allah pilih orang yang tertentu je untuk datang ke rumahNya.

Hari ke30

Aik??? Dah nak habis dah puasa? Sekejap kan. Kebiasaan kalau hari last puasa, kemas2 rumah. Lauk berbuke nasik goreng udang. Yang penting ada onde-onde. Hahaha. Ya Allah jodohkanlah aku dengan ramadhan agar aku dapat bertemu dengannya pada tahun hadapan. Kerana aku rindui kehadirannya dan ku tangisi permergiannya.




4 comments:

  1. ni boleh wat drama ni mcm Diari Ramadhan Rafique...
    scene mase kejar bas paling drama skali...

    bakpe gi Sogo abis pahala puase...
    wah, buku2...buku byk...suka2..

    haah, sekejap je rase Ramadhan...
    x terasa 30 hari...tgk2 dh raya...
    entah kita berpeluang ke x agi jumpa Ramadhan akan dtg...

    p/s: bagus, pandai pun buat read more

    ReplyDelete
  2. hahahaha.... nasib baik x tinggal d bas.

    g sogo bnyk pahala pose abis sebab, main tgk ke banat je. doh la pakaian tu, macam x cukup kain je. x dop duit g nok beli buku. nok tunggu masa pesta buku, dengo kata blh bnyk diskaun.

    mmg skjp je pose. hahaha.
    insyaAllah kalu pnjang umur jumpanya Ramadhan
    sy rasa ni Ramadhan terakhir doh.

    sape au ajor wak read more..

    ReplyDelete
  3. bakpe la x kene tinggal je di bas tu...sedap gak tgk org nangis xleh balik umah ni *kejam*

    tundukkan pandangan...tapi ye la..faham..xkan sepanjang jalan tu nk tunduk je...kadang sian gak ke banin...terseksa....sabar je la...doakan mereka berubah...
    wah..lama b2 x beli buku..kadang beli buku, x sempat nk baca..bakpe x tau...

    pertama kali pose dkt tempat lain...sibuk ekpun, sbb tu rase mcm sekejap je..
    bakpe kabo gitu?

    kurang ajar punye anak murid, menderhaka

    ReplyDelete
  4. haha... kalu kene tinggal, raya kat c2 je...

    kalu nok beli buku bnyk2 n murah g kat pesta buku kat pwtc 4-12 bulan 10

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy