salam

Thursday, September 16, 2010

Barakallah........



Raya Yang Sebenar

Antara hukum yang manusia perlu lalui ialah setiap yang bermula ia pasti akan kembali. Oleh kerana itu, setelah mana kita meraikan kegembiraan ini, kita kongsikan bersama tetapi sedarlah, nun jauh di sudut hati kita bahawa kegembiraan yang sebenar bagi kita adalah bilamana kita kembali kepada Allah. Bilamana seorang hamba kembali kepada Allah.. Itulah hari raya yang sebenar bagi seorang hamba. Bilamana kita dipanggil oleh Allah SWT, kita telah mendapat bintang raadhiyatanmardhiyah, kita menjadi orang yang reda kepada Allah, kita juga menjadi org yg diredhai oleh Allah SWT.

Aidilftri hari yg merujuk tentang kembalinya ini menyedarkan benar-benar kepada kita, kepada seluruh orang-orang islam, kepada seluruh orang yang ada iman didalam hatinya. Raya yang terbesar, raya yang sebenar bukan disini tetapi raya yang sebenar adalah bilamana kita disambut oleh Allah SWT, bilamana kita memuji Allah, bilamana kita bertasbih dan bertahmid kepada Allah di atas tanah syurga bersama dengan orang-orang yang baik seluruhnya setelah mana sanggup menyediakan, mengorbankan hidupnya dengan kebaikan-kebaikan, maka inilah raya yang belum datang dalam diri kita tetapi pasti akan datang dalam jiwa orang-orang yang hidup ini.raya yang sebenar

Saturday, September 11, 2010

Minal Aidin Wal Faizin

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
walillahilhamd

Selamat hari Raya Aidilfitri

Malam itu suara takbir bergema di angkasa
Menandakan kedatangan Syawal
Dan tandanya berakhir bulan Ramadhan yang mulia
Adakah amalan kita sepanjang bulan ramadhan diterima??

Friday, September 10, 2010

Diari Ramadhan Mat 2010


Hari pertama

Jam loceng berbunyi kring2…. Pukul 4.30 pagi saya bangun bersahur. Lauk sahur nasi campur ikan aye(tongkol) berkuahkan kicap bersama dengan buah epal. Ikan aye keras sikit(banyak komen plok). Haha. Ikan aye susah nak cubit. Al maklumlah ikan lama. Kuliah seperti biasa. Cuma kelas qawaid wa qiraat je ada. Kelas bahasa Arab xde. Saya pun tido la. Hahaha. Penat katakan. Baru sehari berpuasa. Lauk berbuka: ayam berempah dan bersama kuih karipapan. Hari ini saya berbuka seorang saja. Xde teman. Sedih gak berbuka sorang-sorang. Terawikh hari pertama orang Terengganu kata berderu orang maknanya ramai orang la.
 Lauk Iftor Yang pertama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy