Antara hukum yang manusia perlu lalui ialah setiap yang bermula ia pasti akan kembali. Oleh kerana itu, setelah mana kita meraikan kegembiraan ini, kita kongsikan bersama tetapi sedarlah, nun jauh di sudut hati kita bahawa kegembiraan yang sebenar bagi kita adalah bilamana kita kembali kepada Allah. Bilamana seorang hamba kembali kepada Allah.. Itulah hari raya yang sebenar bagi seorang hamba. Bilamana kita dipanggil oleh Allah SWT, kita telah mendapat bintang raadhiyatanmardhiyah, kita menjadi orang yang reda kepada Allah, kita juga menjadi org yg diredhai oleh Allah SWT.
Aidilftri hari yg merujuk tentang kembalinya ini menyedarkan benar-benar kepada kita, kepada seluruh orang-orang islam, kepada seluruh orang yang ada iman didalam hatinya. Raya yang terbesar, raya yang sebenar bukan disini tetapi raya yang sebenar adalah bilamana kita disambut oleh Allah SWT, bilamana kita memuji Allah, bilamana kita bertasbih dan bertahmid kepada Allah di atas tanah syurga bersama dengan orang-orang yang baik seluruhnya setelah mana sanggup menyediakan, mengorbankan hidupnya dengan kebaikan-kebaikan, maka inilah raya yang belum datang dalam diri kita tetapi pasti akan datang dalam jiwa orang-orang yang hidup ini.raya yang sebenar
kembali kepada fitrah.....
ReplyDelete