salam

Saturday, September 11, 2010

Minal Aidin Wal Faizin

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
walillahilhamd

Selamat hari Raya Aidilfitri

Malam itu suara takbir bergema di angkasa
Menandakan kedatangan Syawal
Dan tandanya berakhir bulan Ramadhan yang mulia
Adakah amalan kita sepanjang bulan ramadhan diterima??

Pagi raya seperti biasa solat sunat Aidulfitri kat Masjid. Kedengaran takbir bergema dengan kehadiran hujan rintik-rintik, menandakan kesyahduan di hari raya. Khutbah hari raya memperkatakan tentang muhasabah bulan ramadhan. Selepas solat mesti balik rumah dulu.. makan-makan. Selepas bersalaman dengan ayah dan bonda, bertolak ke Manir ke rumah Tokki.

Sebelum ke rumah tokki, pergi ke kubur.

Air mataku berlinangan tanpaku sedari,
Apabila berada di hadapan pusara Chek.
Ku sedekahkan al Fatihah untukmu Chek
Tiba-tiba fikiranku jauh melayang jauh
Teringat akan kisah dahulu ketika bersama Chek.
Kenangan indah bersama dengan Chek terlalu banyak, terlalu indah.
Teringat akan belaianmu,
teringat akan gurauan mu,
teringat masakanmu,
teringatkan ketika kau memandikanku ketikaku masih kecil,
teringat akan kata-katamu supaya belajar bersungguh sampai ke luar negara.
Tetapi tuhan lebih menyayangimu, menjemputmu pulang menghadap Illahi.
Akan ku simpan kenangan bersama mu di dalam hatiku.
InsyaAllah aku akan ingat pesanmu.
Moga kau berbahagia di alam sana.
Amin…..

Selepas ke kubur, terus ke rumah Tokki. Raya pada tahun ni ada kelainan sikit. Ayahda dan Pok Mat dari Perak tak balik raya. Aku sampai2 je kat rumah Tokki, first yang akan aku ambil ialah kuih raya. Hahaha. Aku ni jenis kalau bab makan aku laju sikit. Banyak gak aku makan kuih raya sampai senok perut. Yang ada kat rumah Tokki: Ayah Long, Cik Ma. Tapi walaupun sikit, ku rasakan kehangatan raya. Chewaah.
Perjalanan ke rumah tokki
On Da way ke Rumah Tokki

Nashih
My lovely Tokki
Warga Muslimah... n muslimin
Eh2… Tak sangka dah besau2 macam ni, dapat duit raya. Hahaha.

Pukul 11.30 pergi raya kat rumah Tok. Macam-macam makanan. Ish3. sekali pandang takde. 2 kali pandang takde. Apa yang aku cari ni... Aku cari kuih onde-onde.
Macam2 jenis kuih ada. Kembung perutku kerana perut ini diisi dengan makanan dan minuman(cam skema je ayat).
Usrati Jannati (aku wak rosak gambo ada la)
Big Family
Dari kiri: Amir, Kak Ngah, Afiq, Ammar
Dari kiri: Kak Long, Kak chik, Kak Dik, Kak teh, Biha, Suhaila

Al banin


Usrati
Sampai kat sini saja ea. 

P/s: Selamat hari Raya Aidilfitri. Mat ingin memohon maaf jika terlanjur kata, terguris perasaan, harap dimaafkan. Al-Fatihah untuk Chek yang ku sayangi. Semoga kau ditempatkan bersama para anbiya, syuhada, dan orang-orang soleh.




Comments
0 Comments

0 Pengkritik:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy