salam

Monday, November 15, 2010

Di sebalik The Chosen One



This song and the video are inspired by Muhammad, peace and blessings be upon him. Maher Zain and Awakening Records felt they had to respond to the recent attacks on Prophet Muhammad through cartoons and Facebook. The result is this music video. It's a small attempt at portraying the true character of our beloved Prophet Muhammad .


In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhmmad, ya Rasoola Allah


You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqi Allah


Chorus:
Sallou 'ala Rasooli Allah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One


From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasoola Allah


Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqi Allah


Chorus
I'll try to follow your way

And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me


Chorus


Korang boleh lihat bagaimana kekreatifan video ini yang menonjolkan dan menceritakan tentang kehidupan dan keperibadian Rasulullah.

  1. Yang mana pada permulaan video ini korang dapat lihat bagaimana seorang perempuan Yahudi iaitu jiran Rasulullah selalu menaburkan sampah dan meletakkan najis di hadapan rumah Baginda.
  2. Perjudian dalam kalangan masyarakat jahiliyah. Penindasan terhadap kaum wanita.
  3. Rasulullah yang selalu menderma.
  4. Rasulullah menjahit pakaian dan sepatu baginda dengan sendiri.
  5. Ketika Rasulullah sedang solat datang cucu Baginda duduk atas Rasulullah,  baginda membiarkan cucunya duduk sehingga cucunya beralih daripada tempat tersebut.
  6. Memberi minuman kepada anjing.
  7. Rasulullah berlumba lari dengan isterinya Aisyah. Ada kalanya Rasulullah menang adakalanya Aisyah menang.
  8. Rasulullah mengangkat Aisyah semasa pertunjukkan api dari Habsyah.
  9. Pengharaman arak.
  10. Diakhir video Maher Zain menonjolkan akhlak Rasulullah yang membuat sup untuk perempuan yahudi walaupun si yahudi tersebut selalu menyakiti Rasulullah.
p/s: Sungguh mulia akhlakmu, akhlakmu tiada bandingan. Kau insan mulia di atas muka bumi ini. Ya Rasulullah ku ingin bertemu denganmu, ku ingin mengucup dahimu, ku ingin mencium tanganmu yang mulia. Syafaatkan daku di akhirat nanti. Allahummasolli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad.

Sunday, October 10, 2010

CINTA ANA WA ANTI

Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di’islamik’kan seperti mana-mana bank, institusi-institusi kewangan lain yang diislamkan. Maka, wujudlah istillah ‘Cinta Ukhwah’. Ayat-ayat dan hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Lebih menarik lagi,, gejala ini menular dalam kalangan yang berkopiah, berserban, bertudung litup, berjilbab, naqib-naqibah, pengerusi-timbalan pengerusi dan mereka yang menukarkan ganti nama kepada ‘ana anti wa ana anta’.

Sms, YM, Fb, dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi utama cinta ‘ana anti’. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, duit minyak kereta, dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda yang lain yang jauh dari kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazzkirah, berakhir dengan ikon senyuman,teddy bear dann kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk bertemu. Bagi yang aktif berpersatuan, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai….kreatif betul anak-anak muda yang ‘islamik’ ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu seperti yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastic berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta ‘anta anti’ ini semakin ketara dan semakin rancak.

KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR

Novel ini menceritakan kisah hidup khulafa al Rasyidin. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Khalifah-Khalifah Yang Benar (KKYB) menjadi sebuah naskah yang bakal membangkitkan rasa ingin tahu kepada pembacanya lantas menyalurkan minat ingin mengkaji sejarah Islam dengan lebih mendalam.

Novel ini merupakan kompilasi daripada 4 buah novel sejarah Abdul Latip Talib iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.

Abdul Latib Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip melakarkan fakta yang membuatkan rasa ingin tahu pembaca bagi mendalami sesuatu isu.

"Misalnya dalam Perang Jamal, ia tidak disentuh secara terperinci dalam KKYB kerana sifat perang itu kontroversi dan masih menjadi perdebatan. Ia cuma ditulis sepintas lalu bagi menimbulkan rasa ingin tahu dan rasa ingin mengkaji para pembaca," kata Tuan Bahruddin.

KKYB hasil terbitan PTS Litera Sdn. Bhd ini sebagai pintu yang cantik bagi sebuah rumah agam suram yang bernama sejarah.

"Ini dengan harapan pembaca mahu rapat ke pintu cantik itu, dan akhirnya membuka pintu itu dan seterusnya masuk lebih jauh ke rumah yang bernama SEJARAH dan seterusnya mengkaji dengan lebih lanjut," kata beliau lagi.

Lebih menarik apabila KKYB dipakejkan menjadi naskhah yang rapi dan elok rupa luarnya.

Manakala isi dalaman, ia diperkemaskan dan diusahakan bebas daripada fakta pesong dan unsur kontroversi yang tidak membantu.

"KKYB membangkitkan rasa mahu kepada sejarah, rasa mahu kepada kebenaran, dan rasa mudah kepada fitrah,"

HARGA: RM55.00(aku dapat 10%)
TEMPAT: Kedai Banggol

CINTA DI LANGIT GAZA

Title: Cinta di Langit GazaAuthor: Riduan Mohamad NorISBN: 9789834460679
Harga: RM20.00(tp aku beli RM10.00 je)

Buku ini bertemakan misi membantu manusia yang dihembap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar  dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya,kehadiran di bumi Isra’  itu sangat meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang kepada agama.

Monday, October 4, 2010

Maher Zain - Thank You Allah

1 Always Be There
2 Ya Nabi Salam Alayka
3 Insha Allah
4 Palestine Will Be Free
5 Thank You Allah
6 Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
7 The Chosen One
8 Baraka Allahu Lakuma
9 For the Rest of My Life
10 Hold My Hand
11 Awaken
12 Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
13 Open Your Eyes
14 Ya Nabi (Arabic Version - Bonus Track)
15 Thank You Allah (Acoustic Version - Bonus Track)

p/s: belilah yang original. Hapus cetak rompak!!!!
      Maher Zain

Thursday, September 16, 2010

Barakallah........



Raya Yang Sebenar

Antara hukum yang manusia perlu lalui ialah setiap yang bermula ia pasti akan kembali. Oleh kerana itu, setelah mana kita meraikan kegembiraan ini, kita kongsikan bersama tetapi sedarlah, nun jauh di sudut hati kita bahawa kegembiraan yang sebenar bagi kita adalah bilamana kita kembali kepada Allah. Bilamana seorang hamba kembali kepada Allah.. Itulah hari raya yang sebenar bagi seorang hamba. Bilamana kita dipanggil oleh Allah SWT, kita telah mendapat bintang raadhiyatanmardhiyah, kita menjadi orang yang reda kepada Allah, kita juga menjadi org yg diredhai oleh Allah SWT.

Aidilftri hari yg merujuk tentang kembalinya ini menyedarkan benar-benar kepada kita, kepada seluruh orang-orang islam, kepada seluruh orang yang ada iman didalam hatinya. Raya yang terbesar, raya yang sebenar bukan disini tetapi raya yang sebenar adalah bilamana kita disambut oleh Allah SWT, bilamana kita memuji Allah, bilamana kita bertasbih dan bertahmid kepada Allah di atas tanah syurga bersama dengan orang-orang yang baik seluruhnya setelah mana sanggup menyediakan, mengorbankan hidupnya dengan kebaikan-kebaikan, maka inilah raya yang belum datang dalam diri kita tetapi pasti akan datang dalam jiwa orang-orang yang hidup ini.raya yang sebenar

Saturday, September 11, 2010

Minal Aidin Wal Faizin

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
walillahilhamd

Selamat hari Raya Aidilfitri

Malam itu suara takbir bergema di angkasa
Menandakan kedatangan Syawal
Dan tandanya berakhir bulan Ramadhan yang mulia
Adakah amalan kita sepanjang bulan ramadhan diterima??

Friday, September 10, 2010

Diari Ramadhan Mat 2010


Hari pertama

Jam loceng berbunyi kring2…. Pukul 4.30 pagi saya bangun bersahur. Lauk sahur nasi campur ikan aye(tongkol) berkuahkan kicap bersama dengan buah epal. Ikan aye keras sikit(banyak komen plok). Haha. Ikan aye susah nak cubit. Al maklumlah ikan lama. Kuliah seperti biasa. Cuma kelas qawaid wa qiraat je ada. Kelas bahasa Arab xde. Saya pun tido la. Hahaha. Penat katakan. Baru sehari berpuasa. Lauk berbuka: ayam berempah dan bersama kuih karipapan. Hari ini saya berbuka seorang saja. Xde teman. Sedih gak berbuka sorang-sorang. Terawikh hari pertama orang Terengganu kata berderu orang maknanya ramai orang la.
 Lauk Iftor Yang pertama

Monday, August 23, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

30 Syaaban menutup tirai. Menjelmalah bulan yang mulia. yang dinantikan oleh orang-orang bertakwa.

Yahoo....

Ramadhan datang lagi. Itulah yang dapat diluahkan. Itulah kegembiraan yang tak dapat digambarkan saat menunggu ketibaan bulan Ramadhan oleh setiap orang. Ada yang seronok dan ada yang tak berapa nak seronok. Itulah ragam manusia apabila tiba kehadiran bulan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan yang paling dirindui oleh para ulama dan para sahabat Adakah kita merindui kedatangan bulan Ramadhan seperti kita merindui awek-awek kita?


Ada yang seronok dengan puasa. Kalau ditanyakan kepada segilintir manusia, mengapa seronok sangat berpuasa ni? Ada yang jawab, sebab boleh main mercun banyak-banyak. Ada jugak yang kata puasa ni lah masanya untuk beribadat. Ade yang kata, puasa nilah kita dapat makan sedap-sedap. Apa-apa pun, niat kita paling penting dalam menjalani ibadat puasa ni. Sabda nabi yang bermaksud, berapa ramai orang yang puasa tapi hanya sekadar mendapat letih dan dahaga saja. Ini mungkin dari niat yang tidak betul. sabda nabi yang bermaksud sesungguhnya sesuatu perbuatan itu dimulai dengan niat. Kalau dari mula lagi niat tak betul, maka tunggang langganglah puasanya.

Wednesday, August 11, 2010

Wahai kaum wanita

Wahai kaum wanita, perempuan, banat, muslimat, mukminat jagalah dirimu.

Jagalah kecantikkanmu dengan sebaik-baik mungkin. Jangan biarkan kecantikkanmu menggoda setiap lelaki diatas muka bumi ini. Simpanlah kecantikkanmu itu untuk ditayangkan kepada suamimu. Jangan biarkan kecantikanmu ditayangkan oleh setiap lelaki ajnabi.

Jagalah auratmu. Jangan biarkan auratmu mudah dilihat oleh setiap lelaki. Kerana itu wanita disebut aurat. Jagalah auratmu jangan biarkan fitnah timbul dek kecantikkanmu.
Tutuplah auratmu dengan pakaian yang longgar. Janganlah pakai yang sendat-sendat, ketat-ketat sampai nampak pusat. Itu menunjukkan kamu tiada maruah diri.

Jagalah suaramu kerana itu adalah sebahagian daripada aurat. Jangan biarkan kelunakkan suaramu itu mencairkan hati lelaki. Jangan biarkan suaramu itu mencairkan hati setiap lelaki. Jangan ditayangkan dihadapan orang ramai. Simpanlah, simpanlah, simpanlah. Simpanlah suaramu untuk suami kamu.

Jagalah pergaulan kamu. Jagalah pergaulan antara lelaki. Jangan mudah-mudah kamu bergaul dengan lelaki. Itu menjadikan kamu mudah ditindas. Jagalah ikhtilat antara lelaki. Agar bala Allah tak turun ke bumi. Jagalah pergaulan, semoga kamu dirahmati Allah.

Thursday, July 8, 2010

Arghhh.........

Jerman kalah gak akhirnya di tangan spain.....1-0.
x puas ati btl la..

Wednesday, July 7, 2010

CINTA SEJATI


Cintakan bunga….. bungakan layu
Cintakan kumbang….. kumbangkan mati
Cintakan manusia….. manusia akan mati
Cintakan dunia…... duniakan kau tinggalkan pergi
Cintakan Illahi…. Itu CINTA SEJATI
Katakanlah(wahai Muhammad): jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani
(Surah Ali Imran: 31)
Hidupkan kami dalam cinta itu
Matikan kami dalam cinta itu
Pulangkan kami dengan cinta itu
Ke pangkuan Mu

CINTA ANTA ANTI


Salam… Sedare nak Tanya skit. Sedare kapel macam ni tak salah ke?
Weii… no..no..no.. Mana ade salah bro… Kami kapel mana ade dating-dating, pegang-pegang tangan macam kapel lain, kami mengamalkan kapel mengikut syariat islam. Kami kalau berjumpa pun jarak 3 meter tau. Tak baik buat maksiat.
Oh… kirenye cakap-cakap kat tepun je ke??
Ish…ish..ish… mane ade semua tu. Gayut-gayut kat tepun kami tak main la. Kami pakai sms je. Tu pun kami kejut-kejut bangun subuh, bagi tazkirah skit, bagi motivasi. Kami nak hubungan kami diredhai oleh Allah. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang kot. Mana aci macam tu.

Friday, July 2, 2010

The Zikr - Dunia Baru Islam

Masih basah kenangan indah

Zaman cemerlang era gemilang

Ketika Rasul ada di sisi

Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'

Islam laksana api yang menyala

Menerangi teman dan juga sahabat

Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah

Kami mengatur langkah

Membina sebuah thoifah

Di sini bara

Tak pernah padam

Digenggam kukuh

Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid

Ayuhlah para mujahidah

Kita tinggalkan zaman fitnah

Agar tertegak kalimatullah

Agar terbangun.....

Dunia Baru Islam

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Wednesday, June 30, 2010

Preview Buku



Novel Rona-Rona Cinta Damascus

Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan.

Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya.

Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian.

Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah..? Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.

Harga: RM23.00
Tempat beli: Pustaka Rawang

Doa Apabila Masuknya Bulan Rejab

Sebagaimana terdapat dalam satu hadis Nabi kita mengenai doa yang hendaklah kita baca apa bila bulan Rejab. Sehingga kita sempat hidup pada ketiga-ketiga bulan yang penuh berkat ini.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
(ALLAHUMABARIKLANA FI RAJAB, WA SYA'BAAN WABALLIRNA RAMADHAN)

Ya Allah Ya Tuhan kami,anugerahkanlah keberkatan untuk kami, dalam bulan Rejab, dan dalam bulan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga bulan Ramadan (yaknipanjangkanlah umur kami Ya ALLAH,sehingga kami dapat bertemu demgan Bulan Ramadan.)"


[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

Muka buku oleh Ustaz Zaharuddin

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.


Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar.

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran.


Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.


Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.


Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.


Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya. Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.


b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.


c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan.


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.


Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin. Sekian

oleh: Zaharuddin Abd Rahman

Banner Baru


Lawa x banner baru aku? Aku create pd kul 12.31 tgh mlm.. fuh... bukan senang nak buat banner ni. aku terpaksa blajo kat u-tube nok wak banner ni. akhirnya jd gak banner baru aku.
sape2 yg inginkan banner cantik2, aku blh tlg buatkn..
emeilkn ke: p_tis92@yahoo.com

Tuesday, April 6, 2010

Bink Sake

Short Version:
Yohohoho yohohoho!
Yohohoho yohohoho!
Yohohoho yohohoho!
Yohohoho yohohoho!
Binks no sake wo
Todoke ni yuku yo
Umi kaze ki makase
Nami makase!
Shio no mukou de
Yuki mo sawagu
Sora ni ya
Wa o kaku tori no uta!
Yohohoho yohohoho!
Yohohoho yohohoho!
Yohohoho yohohoho!
Yohohoho yohohoho!
Full:

Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!

Binks no sake wo
Todokeni yuku yo
Umi kaze ni makase
Nami makase
Shioro no mukou e
Yuhi wo sawagu
Sora nya
Wao kaku tori no uta
Sayonara minato
Tsumugi sata yo
DON to ichou utao
Funade no uta
Kinpa-ginpa mo
Shibuku ni kaete
Oretachi yuku so
Umi no kagiri
Binks no sake wo
Todokeni yuku yo
Warera kaizoku
Umi wateku
Nami wo makura ni
Negura wa fune yo
Honi hatani
Ketateru wa dokuro
Arashi ga kita so
Senri no sora ni
Nami ga odoru yo
DRAMA narase
Okubyou kazi ne
Fukakerya saigo
Asu no asashi
Ga nai ya nashi
Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!
Binks no sake wo
Todokeni yuku yo
Kyuoka asu ka
Toyoi no yume
Te wo furu kage ni
Mou aenai yo
Nani wo kuyo kuyo
Asu mo tsukuyo
Binks no sake wo
Todokeni yuku yo
DON to icho utao
Unaba no uta
Douse dare demo
Itsuka wa hone yo
Hate nashi ate nashi
Waraiba nashi
Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!
Yohohoho, Yohohoho!
Aku brahi ngat lagu ni. Sedap ekpun. Lg pun aku brahi ngat cite ni..
Jom Layan...

Ape Kesnye???

Aiii,,,, ape nak jd ngan aku ni??? Berat badan aku semakin naik ni masa aku cuti ni.... Ni mesti kes makan banyak. Ai, tak makan banyak wakpenye, duduk kat rumah asyik makan2... xde keje lain da. Yg satu lagi, aku kurang bersenam memandangkan geng2 aku sibuk2 blake(xleh la nak ajak geng2 aku main bad). Ade yg keje kat kedai makan, ade yg keje kat kedai runcit, ade yang keje kat stesen minyak dan ade keje yg lebih hebat lg,,, iaitu keje sebagai tukang makan. Aku la tu. Skarang ni, semua seluar jin dan sluar setan aku x boleh nak pakai dah sebab semuanya dah ketat. Ni kes makan punya pasal la ni, abis semua sluar jin dan setan aku x leh nak pakai. Nasib baik la ade sehelai sluar jins yg masih blh dipakai. Kalu aku pegi kat PSM(pemandu sedang memandu) ke, bandar ke, terpaksalah aku pakai sluar slek... Aku ingat nak kurengkan berat badan, tp semuanya hampes....

Tuesday, March 23, 2010

Hero???

Korang nak tau sape hero dunia??
klik la kat sini. Hero

p/s: sound speaker kene wak louder baru dengo.

Saturday, March 6, 2010

TOP 10 QARI

Ni bukan top 10 carta era @ carta hot fm, ni carta Mat's Site yg memperkenalkan top 10 qari pilihan Mat's Site. Di sini Mat's Site menyediakan top ten carta pilihan Mat's site:

1. Sheikh Mishary Al-Afasy
2. Fahd al Kanderi
3. Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi
4. Sheikh Ahmad Huzaify
5. Tawfeeq al-Sayegh
6. Sheikh Abdullah Al Matrood
7. Sheikh Hani Ar-Refai
8. Sheikh Sudais
9. Sa'ud Shuraim
10. Shiekh Ali Jaber

Thursday, March 4, 2010

Salam Maulidurasul


Belum terlambat lagi untuk sy mengucapkan salam maulidurasul. Bersempana dengan bulan kelahiran nabi Muhammad kite marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan mulia nabi kita, nabi Muhammad s.a.w.

Tuesday, March 2, 2010

Website Klako

Website paling klakar dalam sejarah..!!
aku kompen korang tergelak2...
99.9% klakar MACAM nk gugur jantung dibuatnye!!
kenape x percaye ye???????!
Cepat la klik. korang akan terasa nikmatnya...
Pesanan : kene bukak loud speaker utk kepuasan maksimum bru rase nak gelak besar, kalu x buat loud speaker mcm mane dgr kan.

klik sini>>> website Paling klako

Monday, March 1, 2010

Iklan Sunsilk Paling Mahal

ni la Iklan sunsilk yang ori. korang tengok je. mls ah aku nak tulis panjang2.

Adakah Benar??

Sakuragi Hanamichi
Hanamichi Sakuragi telah dilahirkan pada 1968 dalam satu keluarga bagi kelas pekerja biasa. Ibunya meninggal dunia sewaktu beliau dalam usia amat muda, tanpa cinta ibunya dia menggunakan keganasan (chaos) untuk menyelesaikan masalah-masalahnya. berbeza dengan anak budak lelaki lain dia sangat tinggi di umur 12 tahun purata ketinggian 1.75 mts, dan badannya bermula bagi memperoleh pasukan dan satu banyak tentangan melalui perlawanan-perlawanannya. sewaktu dia mempunyai satu perlawanan dengan pelajar-pelajar dalam zon sukan University of Tokyo ; keupayaannya semasa merampas bola, kepantasan berlari dan faktor fizikalnya amat menarik perhatian yang lainDalam satu perlawanan persahabatan, di umur 17, pada National Team Jepun, Hanamichi 1.89 mts, adalah unik satu itu adalah bukan takut oleh profesional-profesional itu dan menyatakan 33 mata sahaja: 10 das, 3 dipaku, 1 tiga, 1 ditembak yang tidak menemui istilah bagi menerangkan, dan 2 tembakan bebas.


Walaupun pasukannya hilang dengan hanya 59 mata (59 - 115), adalah satu permainan pertama cemerlang untuk Hanamichi. Bola keranjang berada di huru-hara, dan dia telah dinamakan “harapan bagi Bola Keranjang Jepun”. Bagaimanapun, bapanya jatuh satu tahun sakit tidak lama kemudian. Hanamichi kembali ke Tokyo. Dia turun bas di Tokyo dan pada pinggir jalan sewaktu merentasi hospital sebuah kereta memecut dan pantas melanggarnya.Walaupun dia digelar “badan kebal”, kesannya adalah terlalu kukuh. Dia rebah, dibawa ke hospital. Malangnya ia terlalu lambat… sebelum mereka menghantar dia ke bilik pembedahan dia mengalami pendarahan dalaman, hanya pada usia 18 tahun.orang-orang Jepun bermain Basketball beranggapan masa depan bola keranjang mereka habis musnah, mereka beranggapan kehilangan ini “Amat Besar”. Mangaca Takehiko Inoue mewujudkan siri-sirinya” slam dunk” berdasarkan sejarah belia ini.



PADA MULA2 NYA AKU INGATKAN XDE WATAK SEBEGINI DLM DUNIA NI, RUPE2 NYE MEMANG ADE WATAK SEBEGINI. AKU INGAT HANYA KHAYALAN @ FANTASI JE. RUPE2 NYE ADE JUGAK WATAK YANG SEBEGINI. APE2 PUN AKU MEMANG SUKE TENGOK CRITE SLAM DUNK. MEMANG LAWAK GILE, ACTION.

Sunday, February 28, 2010

Kalah Teruk

Chelsea tewas buat kali pertama di gelanggang sendiri selepas 38 perlawanan iaitu sejak Arsenal menang di Stamford Bridge pada November 2008. Chelsea 2-4 Man. City.


Chelsea v Manchester City
Uploaded by dutchmasta200. - Check out more sports and extreme sports videos.

Monday, February 22, 2010

Don't Laugh

Sape-sape yang boleh tahan suke sila tahan. Gua memang tak bisa menahannya. Kalu lu bisa menahan, lu memang hebat.

Moral: Jangan lah kite gelakkan kawan kite yang buat kesalahan. Setiap orang ade buat kesilapan. Manusia tak boleh lari dr melakukan kesilapan. Oleh itu, perbaikilah diri kita dan bermuhasabah selalu.

Tuesday, February 16, 2010

JOM BACA BUKU

Pada saat dan detik ini, ambe ingin berkongsi kepada anda semua tentang buku yang best2 yg pernah saya baca. Tapi saya x tau la sama ade korang suko atu tidak. Bagi aku buku yang aku baca ni best. Nak tau buku ape yang best2?? Jom kite terjah.....

.........................................Dunia Sains Aiman: Alam Ria Cuti Sekolah
........................................
Sentences of Love
.............................................................
Konspirasi Doktor
....................................................

Kek Keju Kek Pisang

Sunday, January 31, 2010

ASAL USUL NAMA

Ari ni aku nak crite kat korang tentang asal usul nama kampung den yg b;nama village of beladau pool ataupun yang yg lebih dikenali sbg kampung Beladau Kolam. Menurut bapakku yg story kat aku asal usul nama kampung aku ni ade kaitan dgn org jawo. Critenye b’mula begini………………

Pada zaman dahulu ado seorg raja yang b’asal dr jawo. Aku x ingat name raja tu. Pada suatu ari, dia dan hulubalangnya nak pegi holiday kat sebuah kampung yang xde nama. Maka, raja dan hulubalangnya pegi holiday kat sebuah kampung dengan hepinye. Sebelum b’tolak raja t’sebut pun menge’check’ semua barang2 yg perlu dibawa. Raja tersebut turut m’bawa sebilah keris yang diberi nama sbg Beladau. Raja tersebut amat menyayangi keris itu lebih drp syngkan dirinya sendiri. Semasa dlm perjalanan ke kampung, raja tersebut melihat pesta air yang telah diadakan di kampung tu yg dianjurkan oleh pihak British. Maka, setelah sekian lama berada di kampung itu, raja t’sebut pun rasa ingin naik sampan. Maka dgn tanpa segan silunya raja pun menyuruh hulubalangnya mengayuh sampan tersebut. Oleh kerana terlalu gembiranya raja tadi yang first time naik sampan, maka keris kesayangannya itu pun telah terjatuh kedalam kolam. Dengan rasa sedihnya, raja tersebut menyuruh hulubalangnya terjun ke dalam kolam utk mencarikan kerisnya yg telah jatuh. Setelah sekian lama m’cari, keris t’sebut tidak dijumpai. Untuk meringkaskan crite, raja dengan hampanya balik ke negara asalnya sambil menyanyikan lagu hampa yang dinyanyikan oleh Ungu band. Dengan jatuhnya keris t’sebut ke dlm kolam, maka kampung ini dinamakan KAMPUNG BELADAU KOLAM.. TAMMAT

AKHIRNYA…..

Dulu aku dok tau mcm mane nok wi org ramai gi kat blog aku. Tapi akhirnya aku dah tau dah. Dengan cara yg aku guna ni, semakin ramai yg b’kunjung ke blog aku.. dlm sehari mungkin 10-20 yg akan b’kunjung ke blog aku. Walaupun ramai yg x tulis comment kat bawah tu pun, aku dah tau sape yg b’kunjung ke blog aku. Cara nak pengunjung ramai kat blog ni ade beberapa tips yang aku gune…BERSAMBUNG..(mcm crite plok).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

elakkan dicopy